MINIT
MESYUARAT SPBT
SEKOLAH
KEBANGSAAN KAMPUNG RAJA UDA PELABUHAN KLANG
BIL
02 TAHUN
2015
Tarikh : 22. 6. 2015
Hari :Isnin
Masa :12.45 hingga 1.45 tengahari
Tempat:Bilik Gerakan
Kehadiran:
Pn. Rosni bt Noran -
GPK HEM
Pn. Tai Guat Eng -Ketua
Penyelaras
Pn. Suhaini bt Ahmad
En. Ruslan b. Lah
Pn. Norhayati bt Abdullah
Pn. Noraini bt Saad
En. Nor Ma’amin b. Ardi
En. Mohd Rosly bin Amat
Pn. Rozana bt Abdul Rahim
Pn. Saudah bt Tuah
Pn. Alawiyah bt Razali
Pn. Nurul Ain b. Mohd Rani
En. Ahmad Fuad b. Mokti
Pn. Rohaya bt Halimi
Pn. Rajwani bt Rahim
Pn. Norfazlieza bt Fadzil
En. Zulazri b. Husin
Pn. Nur Atiqah bt Mansor
En. Mohd Shahrilnizan b. Zainal
En. Khasnol Atoiddin b. Sulimin
Pn. Rozana bt Spian -
Setiausaha
1.
Ucapan Pengerusi
- Ucapan alu-aluan daripada Pn. Tai Guat Eng selaku pengerusi. Beliau mengalu-alukan kehadiran AJK.
2.
Ucapan Penasihat
- Pn. Rosni bt Noran mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh semua ahli jawatankuasa SPBT dalam melancarkan dan melicinkan pengurusan buku teks sekolah.
- Beliau juga mengingatkan kepada guru- guru supaya menasihati murid-murid menjaga buku teks dengan baik.
3.
Pengesahan Minit Mesyuarat
- Pengesahan minit mesyuarat oleh Pn. Nurul Ain bt. Mohd Rani dan disokong oleh En. Ahmad Fuad b. Mokti
4.
Perkara berbangkit
- Penyediaan sudut SPBT. Pamerkan harga buku untuk makluman murid- murid.
- Hasil kerja murid yang terbaik perlu disimpan dan dipamerkan di dalam bilik SPBT.
- Pemantauan buku teks telah dilaksanakan pada bulan Februari dan Jun dengan lancar.
- Cadangan pada masa akan datang disediakan borang pemantauan yang selaras untuk setiap guru kelas bagi mencatat pemantauan tersebut.
5.
Pemantauan Pertandingan Bilik SPBT
- Makluman tentang pemantauan dibawah unit HEM pada bulan September akan datang. Penambahbaikan perlu dibuat mengikut keperluan.
- Pemantauan yang dilaksanakan akan membantu Unit SPBT meningkatkan lagi kualiti
- Pengurusan.
- Borang G yang masih dalam
simpanan guru kelas perlu diserahkan pada minggu ini.
Bekalan buku 2016 dijangka akan dihantar pada penghujung bulan Ogos. Mohon kerjasama AJK yang berkelapangan untuk membantu menyusun buku-buku tersebut sebelum hari pemantauan. - Cadangan guru-guru dialu-alukan bagi menceriakan bilik SPBT.
6.
Hal- Hal lain
- Murid yang tidak menghantar buku atau buku rosak. Guru kelas boleh menahan pemberian buku teks mengikut judul buku yang tidak dihantar atau rosak.
- Denda kepada murid yang tidak membalut buku RM 1.00.
- Murid yang berpindah perlu mengisi borang untuk membawa buku teks ke sekolah baru.
- Mesyuarat SPBT perlu diadakan 3 kali setahun.
- Pemantauan buku teks kali ketiga akan dilaksanakan pada bulan Oktober.
7.
Penutup
- Pengerusi berharap semua perkara yang dibincangkan dapat dilaksanakan dengan baik.Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.45 petang .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan