MINIT MESYUARAT SPBT BIL 1

MINIT MESYUARAT  SPBT  
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG RAJA UDA PELABUHAN KLANG
BIL 01  TAHUN  2014


Tarikh              :           6. 2. 2014
Hari                 :           Rabu
Masa                :           12.30 hingga 1.20  tengahari
Tempat            :           Bilik Gerakan


Kehadiran:
Pn. Rosni bt Noran                             - GPK HEM   
Pn. Tai Guat Eng                                -Ketua Penyelaras
Pn. Noraini bt Saad
En.  Mohd Sharilnizan b. Zainal
Pn. Azila bt Ramli
En Zahrul Kamal b. Mohamad
Pn. Nur Atikah bt Mohd Mansur
Cik Rozana bt Spian                           - Setiausaha





1.      Ucapan Pengerusi

1.1            Ucapan  alu-aluan daripada Pn. Tai Guat Eng  selaku pengerusi. Beliau mengalu-alukan kedatangan ahli jawatankuasa baru.
1.2            Harapan beliau, pada tahun 2014 pengurusan SPBT akan bertambah baik.







2.      Ucapan Penasihat

2.1            Pn. Rosni bt Noran  mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh semua ahli jawatankuasa SPBT dalam melancarkan dan melicinkan pengurusan buku teks sekolah.
2.2            Ucapan syabas dan tahniah  kerana unit SPBT SK Kampung Raja Uda mendapat tempat ketiga dalam pertandingan keceriaan dan pengurusan bilik SPBT pada tahun 2013.
2.3            Harapan beliau , supaya ahli jawatankuasa yang baru dilantik sama-sama meningkatkan  pengurusan SPBT dan keceriaan bilik BOSS.

3.      Lantikan Penyelaras bagi setiap tahun:

3.1            Ahli jawatankuasa sebulat suara menerima pelantikan yang ditetapkan:
Tahun 1 : Pn. Nur Atiqah bt Mansur
Tahun 2 : En. Shahril Nizan b. Zainal
Tahun 3 : En. Jamaluddin bin Jaafar
Tahun 4 : Pn. Azila bt Ramli
Tahun 5 : En. Zahrul Kamal b. Mohamad
Tahun 6 : Pn. Noraini bt Saad

4.      Aktiviti dan Program Tahunan

4.1            Aktiviti pertandingan sempena “Kempen Sayangi Buku Teks ”. Cadangan aktiviti  Tahap 2 (poster), Tahap 1 ( mewarna kulit buku).
4.2            Taklimat di perhimpunan tentang kepentingan menjaga buku teks oleh penyelaras unit SPBT.
4.3            Cadangan menyediakan papan kenyataan SPBT.
4.4            Pemantauan buku oleh penyelaras tahun. Penyelaras diminta memberi kerjasama memantau buku teks murid supaya dibalut dan dijaga dalam keadaan baik. Pemantauan akan dilaksanakan pada bulan Februari , Julai dan Ogos.
4.5            Aktiviti pemprosesan bekalan buku tahun 1 hingga tahun 6.
4.6            Klinik SPBT akan dilaksanakan sebulan sekali . Cadangan pelaksanaan pada waktu mata pelajaran Dunia Pendidikan Seni Visual.
4.7            Cadangan untuk menukar pintu bilik SPBT dan menaiktarafkan lantai bilik BOSS.
4.8            Pada akhir tahun,buku aktiviti dipulangkan kepada murid-murid. Tidak perlu dikutip.



5.      Hal- Hal lain

5.1            Mohon kerjasama guru kelas untuk menyenaraikan buku teks yang tidak mencukupi bagi kelas masing-masing dan hantar judul buku dan jumlah kepada Pn Tai Guat Eng atau Cik Rozana .
5.2            Buku Aktiviti yang hilang perlu diganti.
5.3            Mohon guru-guru kelas menghantar borang G.
5.4            Beri amaran kepada murid supaya tidak meninggalkan buku teks  di dalam kelas atau di laci meja. Murid-murid yang melanggar peraturan pinjaman buku teks akan diambil tindakan sewajarnya.



6.      Penutup

6.1            Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.20  petang .




Tarikh                    :           6  FEBRUARI    2014


1 ulasan:

  1. Terima kasih di atas panduan minit mesyuarat ini. Saya budak baru belajar...

    BalasPadam