MINIT
MESYUARAT SPBT
SEKOLAH
KEBANGSAAN KAMPUNG RAJA UDA PELABUHAN KLANG
BIL
02 TAHUN
2014
Tarikh : 25
JUN 2014
Hari : Rabu
Masa : 12.30 tengahari
Tempat : Bilik
Gerakan
Kehadiran
Pn. Rosni bt
Noran - GPK HEM
Pn. Tai Guat Eng
-Ketua
Penyelaras
En Zahrul Kamal
b. Mohamad
En. Mohd Sharilnizan b. Zainal
Pn. Noraini bt
Saad
Pn. Nur Atiqah
bt Mohd Mansur
Pn. Azila bt
Ramli
Cik Rozana bt
Spian -
Setiausaha
1.
Ucapan Pengerusi
1.1
Ucapan alu-aluan
daripada Pn. Tai Guat Eng selaku
pengerusi. Beliau mengalu-alukan kedatangan penasihat dan ahli jawatankuasa.
2.
Ucapan Penasihat
2.1
Pn.
Rosni bt Noran mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh
semua ahli jawatankuasa SPBT yang hadir.
2.2
Puan
Rosni mengucapkan terima kasih kerana telah berjaya melaksanakan tugas yang
berkaitan dengan unit SPBT dan mengharapkan semua ahli jawatankuasa memberi
kerjasama dalam melancarkan tugas.
2.3
Puan
Rosni mengingatkan guru-guru agar memastikan murid-murid menjaga keselamatan
dan menghargai buku teks.
3.
Pengesahan
Minit Mesyuarat
3.1
Pengerusi membentangkan minit mesyuarat yang lalu.
3.2
Dicadangkan oleh Pn. Noraini bt Saad
3.3
Disokong oleh Pn. Nur Atikah bt Mansur
4. Bangkitan Minit
4.1
Tiada perkara berbangkit
5. Pemantauan
5.1
Pemantauan buku teks murid akan dilaksanakan pada 7
Julai 2014 sehingga 14 Julai 2014.
5.2
Tindakan yang tegas perlu diambil bagi murid-murid yang
melanggar peraturan pinjaman buku teks.
6. Menceriakan Bilik SPBT
6.1
Mural yang telah lusuh dan pudar akan dicat semula.
6.2
Menggantikan tikar bilik SPBT yang telah rosak.
6.3
Memastikan bilik SPBT sentiasa dalam keadaan yang kemas
dan tersusun.
7. Hari SPBT
7.1
Cadangan aktiviti hari SPBT dijalankan pada 2- 3
November 2014.
7.2
Tahun 1 ( Mewarna kulit buku )
7.3
Tahun 2 ( Mewarna kulit buku)
7.4
Tahun 3 ( Membuat penanda buku)
7.5
Tahun 5 ( Melukis kulit buku)
7.6
Tahun 6 ( Melukis kulit buku )
7.7
Aktiviti akan dijalankan di dalam kelas selepas waktu
rehat. Setiap kelas mempunyai 3 pemenang iaitu tempat pertama, kedua dan
ketiga. Hadiah akan disampaikan semasa perhimpunan rasmi sekolah.
8. Hal-
Hal lain
8.1
Denda kepada murid yang tidak membalut buku RM 1.00.
Pembalut buku dijual dengan harga RM 0.50.
8.2
Guru kelas yang
belum menghantar Borang G diminta menghantar borang tersebut secepat mungkin.
9. Penutup
9.1
Pengerusi berharap semua perkara yang dibincangkan
dapat dilaksanakan dengan baik.
9.2
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.20 petang .
Tarikh : 25
JUN 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan