Taklimat Pelancaran Kempen Sayangi Buku Teks

TEKS TAKLIMAT PELANCARAN KEMPEN SAYANG BUKU TEKS SPBT 2014

Bismillahhiramanirrahim,

Yang berusaha…………………………………………………Guru besar sk kg raja uda , Penolong Kanan petang , Pn siti salwah bt kusaini .

Yang dihormati barisan guru-guru sesi petang…….
Serta yang dikasihi murid-murid sekalian,

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


 Para guru dan murid-murid  sekalian,


Untuk makluman, hari ini  merupakan pelancaran Kempen Sayangi Buku Teks SPBT Tahun 2013. Kempen ini bertujuan untuk menyemai sifat hargai buku teks di kalangan murid-murid  seterusnya untuk meningkatkan kesedaran murid tentang pentingnya menjaga buku teks mereka dengan sempurna kerana sejumlah wang yang besar telah dibelanjakan oleh pihak kerajaan untuk menanggung kos penerbitan buku -buku teks untuk semua murid  di seluruh Malaysia. Kempen ini juga adalah untuk meningkatkan tahap penggunaan  buku teks di kalangan murid di dalam kelas, iaitu murid sering kali tidak membawa buku teks semasa proses P&P berlangsung dengan alasan tidak mahu membawa beg berat ke sekolah, walhal perkongsian buku teks diantara murid  adalah dilarang kerana setiap murid  telah dibekalkan dengan buku teks SPBT setiap seorang.



Sesungguhnya anda perlu memahami  bahawa buku tersebut merupakan hak kerajaan Malaysia yang dipinjamkan kepada anda dan anda tertakluk kepada peraturan Skim Pinjaman Buku Teks Sekolah.  

Dengan ini anda harus bertanggungjawab ke atas buku teks anda dan akan mematuhi segala peraturan Unit SPBT pihak sekolah iaitu:

1. Menjaga kebersihan dan keselamatan buku teks SPBT.

2.      Membalut buku teks SPBT dengan pembalut plastic lutsinar.

3.      Memulangkan buku teks SPBT yang dipinjam pada masa yang ditetapkan.

4.      Mengganti buku teks SPBT yang dihilangkan atau dirosakan.

5.      Membaik pulih buku teks SPBT yang koyak atau rosak.

6.      Memastikan buku teks tidak diconteng, ditulis, dikoyak, di gunting atau sebarang jenis perlakuan yang boleh mengakibatkan kerosakan.

7.      Memastikan semua buku teks SPBT dibawa pulang pada setiap hari selepas sesi persekolahan berakhir.

8.      Memastikan buku teks tidak diberi pinjam kepada pelajar lain.

9.      Membawa setiap buku teks yang diperlukan mengikut jadual waktu sepanjang P&P berlangsung.



Di kesempatan ini juga, saya ingin mengingatkan dan menegaskan bahawa sekiranya murid-murid  melanggar peraturan tersebut, maka pihak unit SPBT sekolah berhak mendenda atau meminta murid  membayar harga kerosakan buku atau harga kehilangan  . Kegagalan murid mematuhi peraturan SPBT turut membolehkan pihak sekolah mengambil apa-apa tindakan disiplin terhadap diri murid.



Kempen ini akan berlangsung sepanjang tahun dan beberapa aktiviti akan di jalankan dalam minggu ini . Di antara aktiviti-aktiviti yg akan dijalankan ialah:
ü  Pemantauan serentak  – pemeriksaan fizikal  buku teks akan dilaksanakan pada hari Khamis pada waktu pertama mata pelajaran . Pemantauan ini akan dibantu oleh guru pertama mata pelajaran. (tempoh pemantauan lebih kurang 10- 15 minit) .      
ü  Pemeriksaan semerta di kelas – untuk memastikan buku teks tidak ditinggalkan di dalam kelas selepas waktu persekolahan, walaupun kelas tidak di gunakan disebelah petang/pagi.
ü  Pertandingan mewarna/menulis tulisan cantik  untuk murid- murid tahap 1 ( akan dilaksanakan semasa mata pelajaran Dunia Seni Visual). Tarikh pelaksanaan akan dimaklumkan kemudian.




Adalah diharapkan oleh pihak sekolah, Kempen Sayang Buku ini mendapat kerjasama yang padu daripada semua.




1 ulasan: